Forum Ekonomi Global 2015 (WEF 2015) di Davos yang bermula hari ini menjadi pentas antarabangsa penting bagi melaksanakan strategi Malaysia dalam menyelaraskan ekonomi negara serasi dengan cabaran semasa di peringkat global.
Ini sesuai dengan tema dan pengisian susun atur forum kali ini yang memfokuskan kepada konteks dinamik global baharu.
"Dengan langkah yang diumumkan, InsyaAllah MITI akan merancang tindakan khusus bagi memastikan akaun semasa imbangan pembayaran kita berada dalam keadaan surplus," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang tiba lebih awal untuk menyusun gerak kerja delegasi Malaysia di Davos.
“Tahun 2014, tahap pelaburan kita baik dan kita mahu mengekalkan keadaan ini dan kita mahu mengadakan promosi dengan lebih agresif," katanya lagi.
Sebagai negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, promosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan pusat pertumbuhan ekonomi pilihan, dilihat memberi kelebihan ketika suasana global tidak menentu.
Menurut Mustapa, fokus penting usaha Malaysia menarik perhatian pemimpin perniagaan dan pelaburan terkemuka dunia di Davos kali ini ialah dengan menawarkan potensi kemakmuran komuniti ekonomi Asean.
"Tahun ini kita selaku pengerusi Asean. Tahun ini kita nak capai tahap komuniti dengan mengisytihar Asean sebagai satu komuniti, maka kehadiran Perdana Menteri sangat penting sekali.
"Yang pertama, mahu mempromosi atau meningkatkan profil Malaysia. Yang kedua, untuk menekankan peranan Asean dalam ekonomi global."
Delegasi 40 perwakilan Malaysia ke WEF2015 adalah yang terbesar dalam sejarah penyertaan negara, seiring catatan pendaftaran keseluruhan tertinggi WEF ke-45 ini dengan kehadiran 2,800 peserta, 50 pemimpin negara dan 300 menteri.
Mustapa yakin ikhtiar terperinci lengkap dengan pusat aktiviti Malaysia yang menonjol di kawasan tumpuan utama Davos ini mampu membawa pulangan besar kepada negara seperti yang terbukti sebelum ini.
"Davos satu tempat yang menghimpunkan pemimpin dunia, pemimpin politik, pemimpin korporat, pemimpin media, malah beberapa pelaburan yang kita telah berjaya tarik ke Malaysia adalah hasil pertemuan yang diadakan di Davos."
Mustapa memberikan gambaran keseluruhan visi dan misi Malaysia di WEF 2015 ketika bertemu kru Astro AWANI setelah selesai mempengerusikan mesyuarat persediaan delegasi negara di pusat aktiviti Malaysia di Hotel Panorama, di sini.
Kehadiran Perdana Menteri di Switzerland pula bermula malam ini dengan pelbagai acara pertemuan bersama kelompok paling berpengaruh pemimpin perniagaan, negara dan masyarakat sivil dunia, berlangsung sehingga kemuncaknya Jumaat nanti.
Di majlis makan malam Malaysia esok, sambutan kemuncak akan turut menyaksikan Perdana Menteri melancarkan saluran televisyen Go Asean sebagai pemangkin pelancongan Asean dan promosinya kepada dunia.
Kamarul Bahrin Haron
Wed Jan 21 2015
![WEF 2015: Medan strategi M'sia selaras ekonomi dalam menempuh cabaran global WEF 2015: Medan strategi M'sia selaras ekonomi dalam menempuh cabaran global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41358929342_295x200.jpg)
Forum Ekonomi Global 2015 di Davos menjadi pentas antarabangsa penting melaksanakan strategi Malaysia menyelaraskan ekonomi negara.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![BzBee Consult syarikat komunikasi Bumiputera pertama merangkul anugerah perhubungan awam di Davos BzBee Consult syarikat komunikasi Bumiputera pertama merangkul anugerah perhubungan awam di Davos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702477699_TBBzBee.jpg)
BzBee Consult syarikat komunikasi Bumiputera pertama merangkul anugerah perhubungan awam di Davos
BzBee Consult Sdn. Bhd, Agensi Komunikasi Strategik Bersepadu Bumiputera terkemuka, telah berjaya merangkul anugerah Kempen Komunikasi Global di Majlis Anugerah Komunikasi Davos 2023.
![MITI akan lebih bersasar tarik pelaburan tepat, bermula dengan WEF, Davos - Tengku Zafrul MITI akan lebih bersasar tarik pelaburan tepat, bermula dengan WEF, Davos - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673692088_worldeconomicforum.jpg)
MITI akan lebih bersasar tarik pelaburan tepat, bermula dengan WEF, Davos - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau telah mengadakan banyak sesi libat urus dengan dewan-dewan perniagaan dan kumpulan pelabur.
![Ini masa depan kerja menurut pakar semasa WEF 2022 Ini masa depan kerja menurut pakar semasa WEF 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654183400_TBWEFFORUM.jpg)
Ini masa depan kerja menurut pakar semasa WEF 2022
Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 yang berlangsung di Davos, Switzerland berakhir dengan jayanya 28 Mei lalu.
![[KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos [KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631807512_TBWorldForum.jpg)
[KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos
Keperluan bagi Asia Tenggara untuk "bersuara" dan "menjaga kepentingan sendiri" kini menjadi suatu perkara yang lebih penting untuk disegerakan berbanding masa dulu.
![WEF 2022: Mekanisme subsidi bersasar diumum tidak lama lagi - Tengku Zafrul WEF 2022: Mekanisme subsidi bersasar diumum tidak lama lagi - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653455247_TengkuZafrul.jpg)
WEF 2022: Mekanisme subsidi bersasar diumum tidak lama lagi - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar dalam masa terdekat selepas menerima kelulusan Kabinet.
![Perlu ada pelaburan ke atas fasiliti kesihatan mental ketika pandemik - Heidi Larson Perlu ada pelaburan ke atas fasiliti kesihatan mental ketika pandemik - Heidi Larson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653308254_HeidiLarson.jpg)
Perlu ada pelaburan ke atas fasiliti kesihatan mental ketika pandemik - Heidi Larson
Kerajaan sesebuah negara perlu membuat pelaburan ke atas fasiliti menangani masalah kesihatan mental ketika pandemik COVID-19.
![Forum Ekonomi Dunia ruang untuk Malaysia bekerjasama dengan masyarakat dunia Forum Ekonomi Dunia ruang untuk Malaysia bekerjasama dengan masyarakat dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631807512_TBWorldForum.jpg)
Forum Ekonomi Dunia ruang untuk Malaysia bekerjasama dengan masyarakat dunia
WEF merupakan platform terbaik untuk Malaysia menyampaikan suara kepimpinan negara dan juga rantau ASEAN dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua.
![Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642657156_billgates.jpg)
Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates
Negara-negara kaya perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan penghasilan produk teknologi hijau di peringkat global.
![WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642430633_XiJinping.jpg)
WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping
Kerjasama antara negara akan membuka ruang inovasi, kajian serta membangun dunia dalam fasa pasca-COVID-19.
![WEF: AS perlu berhenti anggap China sebagai musuh - PM Singapura WEF: AS perlu berhenti anggap China sebagai musuh - PM Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71595290681_BenderaUSChina.jpg)
WEF: AS perlu berhenti anggap China sebagai musuh - PM Singapura
Sekiranya kedua-dua negara tidak dapat bekerjasama, ia bukan sahaja akan menjejaskan negara tersebut malah negara lain turut terkena tempiasnya.