Wang kertas dengan tandatangan Gabenor baharu diedar mulai esok

Bernama
September 28, 2016 19:05 MYT
Wang kertas ini adalah serupa dengan wang kertas terkini yang berada dalam edaran, kata BNM. -Gambar fail
Wang kertas Ringgit Malaysia dengan tandatangan Gabenor Datuk Muhammad bin Ibrahim akan diedarkan secara
berperingkat mulai esok, bermula dengan denominasi RM50, menurut Bank Negara Malaysia.
Wang kertas ini adalah serupa dengan wang kertas terkini yang berada dalam edaran, kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, wang kertas dengan tandatangan mantan-mantan Gabenor kekal sebagai mata wang sah diperlakukan dan akan terus diedarkan dalam pasaran bersama wang kertas baharu. -Bernama
#Bank Negara Malaysia #Muhammad bin Ibrahim #Ringgit Malaysia #tandatangan Gabenor #wang kertas
;