Walmart dilapor bincang ambil alih pengeluar televisyen pintar Vizio

Amanz
Februari 15, 2024 09:20 MYT
Walmart dijangka membayar lebih AS$2 bilion untuk mengambil alih Vizio. - Foto Amanz
VIZIO merupakan salah satu pengeluar televisyen pintar yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).
Untuk makluman, sebelum ini pada 2016 pihak LeEco pernah mengumumkan ingin mengambil alih Vizio, namun ia dibatalkan pada awal tahun 2017.
Terbaru, Walmart kini dilaporkan dalam perbincangan untuk mengambil alih pengeluar televisyen pintar berkenaan. Walmart dijangka membayar lebih AS$2 bilion untuk mengambil alih Vizio.
Untuk Walmart yang sedia popular dalam arena peruncitan di AS, dijangka mengukuhkan kedudukan dalam arena pengiklanan, di samping mempunyai kawalan pada pasaran televisyen di AS.
Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengan hal ini.
#Walmart #televisyen pintar #Vizio #Amerika Syarikat
;