Voon ganti Azman sebagai Pengerusi AmBank

Bernama
Disember 31, 2018 05:34 MYT
Voon Seng Chuan dilantik Pengerusi AmBank yang baharu. - Foto www.ambankgroup.com
AMMB Holdings Bhd telah melantik Voon Seng Chuan sebagai Pengerusi AmBank (M) Sdn Bhd yang baharu, menggantikan Tan Sri Azman Hashim, berkuat kuasa 1 Jan 2019.
Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin berkata, Voon, 60 tahun, telah menjadi ahli Lembaga Pengarah AmBank sejak 18 Jun, 2015.
Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah AMMB Holdings.
Azman, 79 tahun, kekal sebagai Pengerusi AMMB Holdings.
-- BERNAMA
#ambank #Azman Hashim #Bursa Malaysia #Lembaga Pengarah AMMB Holdings #Pengerusi AmBank #Voon Seng Chuan
;