VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul

Bernama
Mei 9, 2024 13:19 MYT
Dalam pertemuan Tengku Zafrul bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan itu. - Foto akaun X Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Volkswagen Group Malaysia (VGM) merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menerusi hantaran di laman X pada Khamis, beliau memaklumkan bahawa dalam pertemuan bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan itu.
"Selain model konvensional, VMG turut merancang untuk mengeluarkan kenderaan EV di Malaysia," katanya.
Beliau yakin kerjasama itu akan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena automotif serantau.
"Kalau dulu kita import Volkswagen, sekarang ni sesetengah model dah dipasang di Malaysia. Antara model yang dipasang di Malaysia ialah Touareg. Ini adalah kali pertama model Touareg dipasang di luar Eropah," katanya.

Siapa sini pernah ada kereta Wak Segan? Dulu kereta Volkswagen Beetle ni cukup ikonik. Design dia memang lain daripada yang lain. Kalau ada kereta Wak Segan ni, memang dah power time tu. Kalau dulu kita import Volkswagen, sekarang ni sesetengah model dah dipasang di Malaysia. pic.twitter.com/ZMcPh8Iepl

— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) May 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Volkswagen Group Malaysia #hab eksport #Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz #kenderaan EV
;