Vahana tawar penggabungan dengan Eversendai

Nickyson Nyambar
Februari 10, 2020 15:49 MYT
Menurut Tan Sri Datuk A K Nathan, penggabungan tersebut akan membolehkan kedua-dua pihak meningkatkan keyakinan pelabur dan terus berkembang. - Foto Astro AWANI
Vahana Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Vahana) telah mengeluarkan surat tawaran untuk bergabung dengan Eversendai Corporation Bhd. (Kumpulan Eversendai).
Melalui kerjasama itu, suntikan seratus peratus ekuiti ditawarkan untuk tujuan penggabungan tersebut melalui anak syarikat Kumpulan Vahana iaitu Vahana Offshore.
Menurut Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Eversendai Corp, Tan Sri Datuk A K Nathan pada Isnin dalam satu sidang media, surat tawaran telah dikeluarkan dan masih menunggu untuk dimeterai.
“Sebab mengapa saya merasakan keputusan ini adalah bagus adalah kerana Vahana memiliki 71.11 peratus saham di Eversendai Corporation dan ada perkara yang berkait rapat
"Dengan penggabungan ini, kami dapat mengatasi isu pihak-pihak berkaitan dan aspek tersebut dapat memberi lebih keyakinan buat pelabur,” katanya.
Vahana Offshore adalah merupakan syarikat yang menggendali dan memiliki perniagaan kapal pengangkut di bawah kumpulan Vahana.
Syarikat persendirian yang dimiliki Tan Sri Datuk A K Nathan itu juga merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan dalam pengendalian kapal pengangkut bagi industri minyak dan gas serta kawasan luar pesisir.
Dalam pada itu, Tan Sri Nathan yang juga merangkap Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Eversendai berkata syarikat Vahana turut meneraju anak syarikatnya, Vahana Marine Solutions DMCC (VMS).
Pada sidang itu juga, Nathan menjelaskan penggabungan tersebut akan menyediakan peluang buat Eversendai untuk memiliki aset dan menjamin kontrak jangka panjang dalam industri minyak dan gas.
Antara kapal di bawah syarikat ini adalah Vahana Aryan dan Vahana Arjun.
Buat masa ini, Vahana Aryan mengendalikan kapal pengangkut yang lengkap dan menjalankan projek industri berkenaan untuk sebuah syarikat berpangkalan di Timur Tengah, Saudi Aramco sejak satu setengah tahun lalu.
Manakala, kapal Vahana Arjun masih dalam pembinaan.
Kedua-dua kapal telah menjamin kontrak 5 tahun yang akan bermula pada Jun 2021 dan June 2021 secara berasingan.
#Arjun-Aspire Pte Ltd #Aryan-Inspire Pte Ltd #Astro Awani #Eversendai Corp #Tan Sri A K Nathan #Vahana Holdings
;