Usahawan wanita ingin tingkatkan tenaga kerja
Rizal Zulkapli
Jun 7, 2013 13:30 MYT
Jun 7, 2013 13:30 MYT
Sebanyak 78 peratus alumni Usahawan Tahunan Ernst and Young menyatakan akan meningkatkan tenaga kerja mereka di dalam dan luar negara pada tahun ini.
Menurut kajian yang dilakukan EY ke atas 200 alumni usahawan EOY, 73 peratus daripada usahawan wanita ingin meningkatkan tenaga kerja di pasaran domestik.
Angka ini lebih tinggi berbanding 69 peratus usahawan lelaki yang ingin meningkatkan tenaga kerja mereka.
Menurut kajian berkenaan, penambahan jumlah pekerja ini adalah untuk menampung pertumbuhan dalam produk dan perkhidmatan.
Kajian sama menunjukkan usahawan wanita lebih yakin dalam hala tuju ekonomi mereka berbanding usahawan lelaki.
Menurut Timbalan Pengerusi Global Pembangunan Pasaran Ernst and Young Maria Pinelli biarpun di tengah ketidaktentuan ekonomi global, sikap usahawan yang ingin terus berkembang harus dipuji.
"Dan anda terus memberikan inspirasi. Ini adalah sebabnya kita di sini. Kami mendengar keperluan anda dan kami sedar anda ingin terus bersama berbincang dengan rakan untuk mencari jalan membuat perubahan."
Tambah Pinelli, usahawan terus menjadi agen utama dalam pembangunan dan meningkatkan taraf hidup di negara mereka beroperasi.
Ini termasuk menerusi pengwujudan pekerjaan yang berkualiti.