Usahawan muda bumiputera digalak menyertai bidang Telekomukasi
Bernama
Oktober 22, 2012 10:43 MYT
Oktober 22, 2012 10:43 MYT
Satu cara mudah dan berkesan bagi para usahawan muda Bumiputera menceburi bidang industri telekomunikasi bernilai jutaan ringgit di Malaysia adalah dengan cara menjadi agen syarikat yang kukuh.
Pengarah Teknikal dan Pemasaran Hussein Resources Sdn Bhd Adnan S. Hussein berkata, melalui cara itu, golongan muda itu akan mudah untuk menyertai industri tersebut dan berusaha meningkat lebih tinggi lagi di dalam industri itu.
Katanya industri telekomunikasi Malaysia kini bernilai sekitar RM22 bilion.
Katanya syarikatnya, satu agensi telekomunikasi yang diluluskan bagi pengendali telekomunikasi perdana, mempunyai rancangan untuk membantu belia sedemikian dengan menyediakan mereka latihan dan peralatan yang betul untuk berjaya.
Kami juga boleh mengadakan latihan bagi syarikat kerjasama, persatuan, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan lain yang berminat bagi anggota masing-masing yang berminat menceburi bidang yang memberikan pulangan lumayan ini," katanya.
Melalui panduan dan pelan jualan yang betul, Adnan berkata mereka boleh mendapat pendapatan sehingga RM1,000 hingga RM2,000 sebulan dalam tempoh masa yang singkat.