Usahawan akan tambah bilangan pekerja, terokai pasaran baru
Rizal Zulkapli
Jun 6, 2014 10:46 MYT
Jun 6, 2014 10:46 MYT
Seramai 76 peratus usahawan utama dunia dijangka akan meningkatkan jumlah pekerja dengan purata 19 peratus bergerak ke hadapan.
Menurut firma perakaunan awam antarabangsa Ernts & Young (EY), ini adalah dari 31 peratus Ketua Pegawai Eksekutif yang telah ditinjau.
Tambah kajian berkenaan, antara penyebab utama peningkatan penggajian oleh 250 usahawan EY yang ditinjau adalah keinginan untuk meneroka pasaran baru.
Sebab lain peningkatan ini adalah termasuk penambahbaikan dalam teknologi dan inovasi di dalam syarikat.
Naib Pengerusi EY Global, Bahagian Pembangunan Strategi, Maria Pinelli berkata, ini adalah bukti komitmen usahawan sebagai antara pengwujud pekerjaan dan pemangkin inovasi ekonomi global.
Antara Ketua Pegawai Eksekutif yang ditemui menyatakan beberapa sebab mengapa mereka enggan mengambil bilangan pekerja yang tinggi adalah susulan tekanan daripada lembaga pengarah dan pemegang kepentingan.
Ketika ini, 60 usahawan daripada 51 negara sedang berhimpun untuk memenangi Anugerah Usahawan Tahunan Ernst & Young di Monte Carlo, Monaco.
Setiap tahun, usahawan tahunan EY dari serata dunia akan berkumpul di Monte Carlo, sebelum seorang dipilih usahawan terbaik sedunia.
Malaysia diwakili oleh Dr Ngau Boon Keat daripada Dialog Group yang sebelum ini dinobat Usahawan EY Terbaik Malaysia pada tahun 2013.