KUALA LUMPUR: Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik sektor bernilai tinggi seperti fabrikasi semikonduktor dan teknologi digital, mempercepat kelulusan pelaburan langsung asing (FDI) dan meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan mempunyai implikasi ketara kepada Malaysia dan rantau Asia yang lebih luas, menurut Forbes Magazine.
Menurutnya, pelaburan penting telah ditarik dalam sektor bernilai tinggi seperti fabrikasi semikonduktor dan teknologi digital.
"Dengan memberi tumpuan kepada sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi dan kemajuan teknologi, Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan rantaian nilai global dan mendorong ekonomi yang lebih dinamik dan berdaya saing," kata Benjamin Laker dalam komentar yang diterbitkan oleh majalah itu di laman webnya.
Beliau berkata, langkah untuk menggalakkan kualiti pelaburan tertumpu terhadap produktiviti buruh menerusi automasi dan peningkatan perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan.
"Inisiatif ini dihasilkan untuk mewujudkan ekonomi yang lebih berteraskan inovasi -- mengurangkan pergantungan kepada buruh berkemahiran rendah dan meningkatkan produktiviti keseluruhan. Pembaharuan ini mempunyai implikasi yang ketara kepada Malaysia dan rantau Asia yang lebih luas," katanya.
Laker turut memuji pendekatan Anwar dari segi pengoptimuman kos, terutama rasionalisasi subsidi dan mengurus kos perkhidmatan awam.
"Perubahan melibatkan penjawat awam baharu kepada skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja -- dijangka mengurangkan kos pencen jangka panjang -- adalah satu langkah penting. Langkah ini bertujuan meringankan beban kewangan kerajaan dengan mengalihkan liabiliti pencen pada masa depan kepada model lebih mampan," katanya.
Selain itu, enakmen Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal menginstitusikan pengurusan fiskal yang berhemat dengan sasaran kepada defisit fiskal tiga peratus dan nisbah 60 peratus hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.
Menurutnya, rangka kerja perundangan ini bertujuan memastikan dasar fiskal Malaysia kekal mampan dalam jangka panjang, menawarkan persekitaran ekonomi stabil yang kondusif kepada pertumbuhan.
Bagaimanapun, Laker yang juga profesor kepimpinan di Henley Business School, University of Reading menekankan bahawa cabaran tetap wujud.
Beliau berpandangan bahawa terdapatnya potensi halangan, misalnya dari segi usaha untuk menyasarkan semula subsidi petrol dan kos sara hidup tinggi yang dikaitkan dengan pemotongan subsidi baru-baru ini.
Laker berkata, perjalanan Malaysia boleh menjadi contoh kepada negara lain dalam mengemudi pemulihan pascapandemik dan transformasi struktur yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024
Laker turut memuji pendekatan Anwar dari segi pengoptimuman kos, terutama rasionalisasi subsidi dan mengurus kos perkhidmatan awam. - Gambar Bernama
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
2DekadTsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Lapangan terbang baharu nilai tambah pertumbuhan ekonomi Sarawak - Abang Johari
Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan dan pelancongan.
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Pemegang saham MAHB disaran terima tawaran konsortium GDA - HLIB
Hong Leong Investment Bank (HLIB), selaku penasihat bebas bagi tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), menyarankan agar pemegang saham MAHB menerima tawaran tersebut.
Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.
Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin
Negeri Sembilan optimis projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura akan dapat dilaksanakan meskipun ia belum dimuktamadkan setakat ini.
Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM
Malaysia menyasarkan untuk mencapai kemajuan bersama melalui kerjasama erat dengan China yang memfokus kepada langkah menggalakkan pengagihan kekayaan saksama.
Penipuan pelaburan Gigamax: Tujuh individu dikesan termasuk dalang utama
Polis mengesan tujuh individu termasuk seorang warga Indonesia yang dipercayai dalang utama kes penipuan pelaburan Gigamax yang membabitkan kerugian lebih RM7 juta.
MoU getah antara Malaysia, Thailand akan tumpu pada pengeluaran mampan - Johari
Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai getah antara Malaysia dan Thailand akan menumpukan kepada pengeluaran getah yang mampan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Kerjasama pembangunan di sempadan Kelantan akan diteruskan – PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan, hubungan kerjasama baik Malaysia-Thailand akan diteruskan bersama pentadbiran baharu Negara Gajah Putih itu.
Malaysia-Thailand komited capai keamanan penuh, bangunkan ekonomi Selatan Thai – PM
Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha dialog keamanan bagi menyelesaikan isu berbangkit di wilayah Selatan Thailand.