KUALA LUMPUR: Penganalisis menjangkakan kesan kewangan yang lebih kecil kepada institusi perbankan susulan pengumuman pelaksanaan skim Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (Urus).
Maybank IB Research berkata, sementara menunggu maklumat lanjut, pihaknya berpendapat Urus secara keseluruhannya memberi impak positif bagi peminjam yang terjejas serta bank-bank.
"Peminjam yang terkesan akan mendapat bantuan kewangan yang lebih besar sementara kesan kewangan kepada bank cenderung lebih minimum daripada yang dianggarkan pada awalnya, memandangkan ia adalah program bantuan yang disasarkan," katanya dalam nota penyelidikannya di sini pada Isnin.
Tambahnya, di bawah pengecualian faedah 3 bulan sebelum ini, Maybank IB menganggarkan impak pendapatan secara purata kira-kira 7% kepada bank daripada kemungkinan kerugian pengubahsuaian.
"Bagaimanapun kesan kewangan kepada bank di bawah Urus mungkin lebih kecil, kami fikir, tetapi kami menunggu penjelasan lebih lanjut mengenai program ini," jelasnya.
Di bawah Urus, AKPK akan menyediakan rancangan kewangan peribadi kepada pelanggan yang dibangunkan secara holistik, dengan mengambil kira keadaan kewangan pelanggan dan kemampuan untuk membayar semua obligasi pembiayaan.
Pelan kewangan itu akan merangkumi opsyen pengecualian faedah/keuntungan untuk tempoh tiga bulan, bermula bulan pelanggan menyertai skim itu atau pengecualian faedah/keuntungan tiga bulan bersama dengan pengurangan ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan secara keseluruhan.
Sepanjang tempoh itu, pelanggan dengan pinjaman/pembiayaan peribadi tidak dijamin dan kad kredit juga boleh mendapat faedah daripada pengurangan kadar faedah/keuntungan untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.
"Susulan itu, kami mengekalkan penarafan Positif terhadap sektor perbankan dengan mengambilkira risiko kenaikan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang lebih kukuh dari yang dijangkakan, yang akan menyumbang kepada pertumbuhan pinjaman yang lebih kuat dan risiko kredit yang lebih rendah; serta peningkatan kecairan, yang akan membantu mengekalkan margin faedah," katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Oct 19 2021
Maybank IB menganggarkan impak pendapatan secara purata kira-kira 7% kepada bank daripada kemungkinan kerugian pengubahsuaian.
Tumpuan Isnin – 07 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel serang lagi pinggir bandar Beirut ketika pertempuran di sempadan memuncak
Pesawat perang Israel giat mengebom kawasan pinggir bandar selatan Beirut awal Ahad, menyasarkan kawasan kediaman dan mencetuskan kebakaran yang berterusan hingga ke pagi.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
BNM denda Maybank RM4.32 juta, CIMB RM760,000 berikutan gangguan perkhidmatan berpanjangan
Bank pusat itu melaporkan bahawa Maybank membayar penalti penuh untuk AMP yang dikenakan pada 8 Ogos, manakala CIMB menjelaskan penaltinya pada 12 Ogos 2024.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu minat belian, IK naik 2.46 pct
Bursa Malaysia kembali ke zon positif selepas ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh aktiviti belian saham-saham yang berharga rendah.
Aplikasi Maybank2u MY ditamatkan sepenuhnya hujung bulan ini
Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan mereka untuk meningkatkan dan menambah baik pengalaman perbankan dalam talian dalam kalangan pengguna.
Maybank jamin data pelanggan, sistem selamat
Maybank menjelaskan bahawa sistemnya kekal selamat dan maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya, susulan wujud dakwaan pangkalan data bank itu diterbitkan di forum web gelap.
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal
Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.57 kepada 1,584.80 daripada 1,590.37 pada Jumaat lepas.
Maybank teraju syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500 Asia Tenggara
Malayan Banking Bhd menduduki tempat ke-17 dengan pendapatan sebanyak US$14.15 bilion sekali gus menerajui syarikat-syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500 Asia Tenggara untuk 2024.