Untung pracukai Jobstreet naik kepada RM59.201 juta

Bernama
November 20, 2012 10:46 MYT
Untung pracukai Jobstreet Corporation Bhd bagi tempoh kewangan sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2012 meningkat kepada RM59.201 juta berbanding RM49.679 juta pada tempoh yang sama 2011.
Perolehan naik kepada RM124.356 juta pada tempoh yang dinilai daripada RM105.882 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas, kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini pada hari Isnin.
Bagi suku ketiga pula, syarikat mencatatkan untung pracukai sebanyak RM21.503 juta dengan jumlah dagangan bernilai RM41.396 juta.
Kumpulan itu berkata berikutan kekukuhan perniagaannya bagi sembilan bulan pertama, prestasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012, dijangka memuaskan.
#Jobstreet Corporation Bhd
;