KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan penurunan keuntungan bersih 2.2 peratus kepada RM1.22 bilion selepas mengambil kira perbelanjaan serta peruntukan zakat bagi tempoh enam bulan sehingga 30 Jun 2021, berbanding RM1.25 bilion untuk tempoh yang sama pada 2020.
Dalam kenyataan hari ini, TH berkata, pelaburan hartanah merupakan antara faktor penurunan keuntungan itu berikutan keadaan pasaran yang mencabar akibat pandemik di seluruh dunia.
"Jumlah pendapatan bagi enam bulan pertama yang berakhir 30 Jun 2021 berkurangan kepada RM1.52 bilion (sebelum potongan zakat) berbanding RM1.55 bilion untuk tempoh yang sama pada 2020, penurunan kecil satu peratus yang mencerminkan ketahanannya dalam keadaan ekonomi dan perniagaan yang sukar," katanya.
Menurut TH, sebahagian besar pendapatannya diperoleh daripada pelaburan pendapatan tetap yang menyumbang sebanyak RM942.6 juta dalam tempoh setengah tahun pertama, merangkumi 62 peratus daripada jumlah pendapatan kasarnya.
"Pelaburan saham menyumbang RM219.9 juta untuk tempoh semakan, mencatatkan peningkatan berbanding RM184.2 juta pada tempoh yang sama tahun lepas. Pelaburan ekuiti menyumbang 14 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan.
"Pelaburan hartanah memperoleh pendapatan sebanyak RM174.7 juta, diikuti pelaburan pasaran wang dengan pendapatan RM161.8 juta," katanya.
Bagaimanapun, TH berkata kedudukan kewangannya kekal kukuh dengan aset berjumlah RM85.92 bilion melebihi liabiliti RM83.73 bilion pada 30 Jun 2021.
"Jumlah kos operasi juga hampir sama dengan kos pada tahun lepas susulan langkah pengurusan berhemah walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar. TH sentiasa mengambil langkah untuk mengoptimumkan perbelanjaan bagi memastikan pengurusan kos yang cekap.
"Sehingga 30 Jun 2021, jumlah deposit di TH berjumlah RM81.14 bilion, iaitu paras tertinggi sejak penubuhan TH, 58 tahun lepas. TH mempunyai 8.3 juta pendeposit pada 30 Jun 2021," katanya.
Keteguhan pencapaian kewangan TH mencerminkan pendekatan pelaburan yang strategik dan oportunistik dengan pengurusan kecairan yang mantap, berpandukan kepada Alokasi Aset Strategik (SAA) untuk meminimumkan kesan turun naik jangka pendek di pasaran.
"Mandat TH berdasarkan SAA ini adalah untuk menguruskan simpanan pendeposit untuk jangka panjang bagi menunaikan haji. Lebih separuh atau 58 peratus daripada aset TH telah diperuntukkan bagi pelaburan dalam instrumen pendapatan tetap seperti sukuk yang memberikan pulangan stabil dan selamat dalam jangka panjang.
"Pulangan pelaburan ekuiti TH juga mengatasi penanda aras Indeks Syariah Hijrah Bursa Malaysia yang turun 7.45 peratus dalam tempoh setengah tahun pertama. Ia memfokuskan kepada pelaburan saham dengan asas yang baik, berkualiti dari aspek ketahanan dan rekod prestasi dividen yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021
TH berkata, pelaburan hartanah merupakan antara faktor penurunan keuntungan itu berikutan keadaan pasaran yang mencabar akibat pandemik di seluruh dunia. - Gambar fail
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, ambil petunjuk positif Wall Street
Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.47 mata kepada 1,609.99 daripada 1,609.52 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit seiring peningkatan pasaran serantau
Bursa Malaysia kekal rendah hampir sepanjang hari dagangan tetapi berjaya naik sedikit semasa sesi penutup sejajar dengan aliran meningkat di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.95 mata kepada 1,602.71 daripada 1,606.66 pada Isnin.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, indeks komposit kekal di atas paras 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.66 peratus atau 10.61 mata kepada 1,606.66 daripada paras penutup 1,596.05 pada Khamis.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.21 mata kepada 1,601.26 daripada 1,596.05 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, IK naik 0.35 peratus
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,596.05 daripada 1,590.38 semasa ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah akhiri kenaikan dua hari berturut-turut
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini mengakhiri kenaikan dua hari berturut-turut susulan ketidakpastian berhubung dasar penurunan kadar faedah oleh Fed AS dan BoJ.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu minat belian, IK naik 2.46 pct
Bursa Malaysia kembali ke zon positif selepas ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh aktiviti belian saham-saham yang berharga rendah.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa susulan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
Pasaran serantau merudum asak Bursa Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 74.57 mata atau 4.62 peratus kepada 1,536.48 daripada 1,611.05 pada Jumaat.