Untung bersih BNM RM7 bilion, merosot hampir separuh
Harits Asyraf Hasnan
Mac 29, 2023 11:30 MYT
Mac 29, 2023 11:30 MYT
KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih selepas cukai Bank Negara Malaysia (BNM) merosot hampir separuh kepada RM6.986 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
Ia berbanding RM12.796 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2021.
Dalam Laporan Tahunan BNM 2022, bank pusat itu merekodkan jumlah aset sebanyak RM619.0 bilion setakat 31 Disember 2022, meningkat berbanding RM551.6 bilion pada tahun 2021.
Daripada jumlah itu, sejumlah RM4.2 bilion telah dipindahkan ke dalam Rizab Risiko BNM.
BNM pada masa sama mengumumkan dividen sebanyak RM2.8 bilion kepada Kerajaan untuk tahun kewangan 2022.
BERITA LANJUT MENYUSUL..