Unjuran OECD: Tingkat imunisasi COVID-19 untuk buka ekonomi
Astro Awani
Mac 9, 2021 07:17 MYT
Mac 9, 2021 07:17 MYT
PARIS: Negara-negara di seluruh dunia perlu mempercepatkan pelaksanaan program imunisasi untuk keluar daripada krisis ekonomi ketika ini.
Menurut organisasi kerjasama dan pembangunan ekonomi (OECD), ini termasuk menerusi lebih banyak pelesenan dan pemindahan teknologi berkenaan vaksin COVID-19.
OECD mengunjurkan ekonomi dunia akan tumbuh pada kadar 5.5 peratus tahun ini dan 3.7 peratus pada 2022.
Ia turut menjangka pengeluaran ekonomi global akan melebihi tahap prapandemik COVID-19 pada pertengahan tahun ini.
Tegasnya, jika vaksin lambat diberikan, maka sektor seperti pelancongan dan pengembaraan yang penting untuk pekerjaan tidak akan dapat dibuka dengan baik.
Namun Boone beri amaran akan ada negara yang masih ketinggalan daripada segi pertumbuhan sehingga akhir 2022.
Ini berbanding negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan China yang dijangka tumbuh dengan pantas.
Sementara itu, OECD jangka ada tekanan inflasi di AS namun ia tidak membimbangkan.
OECD turut memberi amaran yang pasaran kewangan mungkin menyaksikan aliran keluar dana daripada pasaran ekonomi membangun kepada negara dengan petumbuhan lebih tinggi.
Ini menurutnya memerlukan sokongan daripada bank pusat untuk mengurangkan ketidaktentuan seperti yang berlaku pada Mac 2020.
Ketika ini negara ahli OECD menyaksikan tambahan penganggur sebanyak 10 juta orang berbanding tempoh sebelum krisis.
Bagi negara pendapatan rendah, jumlah pengangguran yang meningkat telah melonjakkan angka kemiskinan.