Unjuran kemelesetan AS, krisis geopolitik berisiko kepada Malaysia
Harits Asyraf Hasnan
Disember 7, 2023 15:47 MYT
Disember 7, 2023 15:47 MYT
KUALA LUMPUR: Jangkaan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat dan krisis geopolitik di Asia Barat menjadi antara risiko negatif terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia tahun hadapan.
Pengarah dan Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkata beberapa indikator ketika ini menunjukkan ekonomi AS akan berdepan dengan kemelesetan.
"Kami lihat daripada indikator-indikator seperti Data Perbendaharaan AS dan sebagainya. Ini menunjukkan ada kemugkinan bakal berlaku kemelesetan ekonomi di AS.
"Bagaimanapun, kami (MIDF Research) perlu maklumkan bahawa kita belum tahu lagi dari segi apa kemelesetan di AS...tapi kemungkinan itu ada," katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini pada Khamis.
Antara risiko lain yang mungkin memberi pengaruh kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah berkait dengan krisis geopolitik di Asia Barat.
Ujarnya, sekiranya perang Hamas-Israel berlanjutan dan meluas di seluruh rantau itu, harga produk petroleum dijangka terjejas.
"Sekarang ini kita hanya melihat konflik adalah antara Hamas-Israel. Jika konflik ini merebak kepada negara lain di rantau itu seperti Iran, Syria, Mesir, Tukri dan AS, ia akan memberi impak kepada harga minyak yang lebih tinggi.
"Ia sekali gus akan memberi impak kepada infllasi dan itu akan memberi impak kepada ekonomi negara (Malaysia)," katanya.
Pada 27 November lalu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kerajaan akan melaksanakan program subsidi bersasar RON95 tahun hadapan sebagai langkah untuk mengoptimumkan sumbernya kepada golongan yang paling memerlukannya