Unjuran KDNK negara turun antara 3.0 hingga 4.0 peratus berbanding unjuran sebelum ini
Fareez Azman
Ogos 13, 2021 14:20 MYT
Ogos 13, 2021 14:20 MYT
KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi negara diunjurkan antara tiga hingga empat peratus lebih rendah berbanding unjuran sebelum ini antara 6.0 hingga 7.0 peratus.
Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, unjuran itu disebabkan pelaksanaan langkah-langkah pembendungan COVID-19.
"Bagaimanapun, jangkaan pembukaan semula ekonomi akan membantu menyokong pemulihan secara beransur-ansur menjelang akhir suku keempat tahun ini dengan pertumbuhan global yang lebih tinggi dan sokongan dasar yang berterusan memberikan dorongan selanjutnya kepada pertumbuhan ekonomi.
"Pemulihan dijangka terus pesat pada tahun 2022, disokong oleh kegiatan ekonomi yang beransur-ansur kembali normal serta limpahan kesan positif daripada permintaan luaran yang terus meningkat," jelasnya dalam sidang media Pengeluaran Data KDNK Suku Kedua tahun 2021 pada Jumaat.
Bagaimanapun jelasnya, ekonomi Malaysia masih kekal pada landasan pemulihan terutamanya program vaksinasi yang dijalankan di seluruh negara.
Ia sekali gus, jelas Nor Shamsiah, dapat memastikan lebih banyak sektor ekonomi beroperasi dalam merancakkan semula ekonomi secara beransur ansur menjelang akhir suku keempat tahun ini.
"Pemulihan dijangka terus pesat pada tahun 2022, disokong oleh kegiatan ekonomi yang beransur-ansur kembali normal serta limpahan kesan positif daripada permintaan luaran yang terus meningkat.
"Secara umumnya, pemulihan ekonomi Malaysia dijangka bermula semua pada penghujung separuh kedua 2021 dan bertambah baik pada 2022.
"Kemajuan yang berterusan dan keberkesanan program pemberian vaksin akan menjadi pemangkin utama kepada pembukaan semula ekomomi dan mendorong kepada sentimen positif," katanya pada taklimat media mengumumkan prestasi KDNK Malaysia bagi suku kedua 2021 secara maya hari ini.
Selain itu, pertumbuhan pada suku ketiga juga dijangka dipacu dengan peningkatan pengeluaran komoditi, permintaan tinggi global, serta projek infrastruktur berskala besar di negara ini.
Terdahulu, beliau mengumumkan ekonomi negara berkembang sebanyak 16.1 peratus pada suku kedua 2021 susulan permintaan dalam negeri yang bertambah serta prestasi eksport yang mantap.
#Bank Negara Malaysia
#pembukaan semula ekonomi
#ekonomi
#KDNK
#COVID-19
#program vaksinasi
#Malaysia
#projek mega
#Gabenor Bank Negara Malaysia