Unit Maxis terbit Sukuk Murabahah RM300 juta

Bernama
Februari 24, 2017 15:06 MYT
MBSB menerbitkan Sukuk Murabahah dengan nilai nominal sehingga RM300 juta.
Unit Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd (MBSB), menerbitkan Sukuk Murabahah dengan nilai nominal sehingga RM300 juta, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
"Sukuk ini merupakan yang keempat daripada Program Sukuk Murabahah Tidak Ditaraf RM10 bilion yang diterbitkan MBSB tahun lepas.
"Tempoh matang terbaharu sukuk itu ialah pada 24 Feb, 2022," kata syarikat itu.
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #Maxis Broadband #Sukuk Muharabah #Unit Maxis
;