Unit Bina Darulaman dapat surat anugerah projek RM5.336 juta

Bernama
November 20, 2012 10:43 MYT
Anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Bhd, Bina & Kuari (K) Sdn Bhd, semalam menerima Surat Anugerah daripada UEM Construction Sdn Bhd bagi projek bernilai RM5.336 juta.
Projek itu akan melibatkan kerja-kerja pemulihan turapan jalan dan kerja-kerja berkaitan di sepanjang kilometer 24.30 hingga kilometer 28.25, jalan raya Bukit Kayu Hitam ke Jitra Selatan (arah selatan).
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Bina Darulaman berkata tempoh kontrak itu, iaitu selama empat bulan bermula 15 Okt, 2012, dijangka memberikan sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan 2013.
Kegiatan utama Bina Kuari yang merupakan kontraktor kejuruteraan awam Kelas A itu ialah pembinaan jalan raya dan operasi kuari.
#Bina Darulaman Bhd
;