UMW lantik Hamad Kama Piah sebagai Pengerusi
Bernama
Disember 30, 2016 20:42 MYT
Disember 30, 2016 20:42 MYT
UMW Holdings Bhd melantik bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, sebagai Pengerusi berkuatkuasa 1 Jan, 2017.
Beliau menggantikan Tan Sri Datuk Asmat Kamaludin yang akan bersara mulai esok.
"Asmat telah berkhidmat sebagai Pengerusi Kumpulan UMW Holdings Bhd sejak 20 Feb, 2001 sehingga hari persaraannya," kata UMW dalam laporannya kepada Bursa Malaysia hari ini.
Hamad Kama Piah merupakan Pengerusi PNB Development Sdn Bhd, E-Lock Corp Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Kelantan, Pengarah Persatuan Golf Profesional Malaysia dan Pemegang Amanah Yayasan Karyawan. --Bernama