UK, New Zealand perkukuh hubungan dagang

Astro Awani
Oktober 21, 2021 22:15 MYT
Perjanjian itu dimeterai pada lewat Rabu dalam sidang secara dalam talian di antara Johnson (kiri) dan rakan sejawatannya Ardern.
LONDON: Britain dan New Zealand memeterai perjanjian perdagangan berkenaan pemansuhan tarif melibatkan pelbagai jenis barangan.
Ia seiring dengan langkah United Kingdom (UK) memperluaskan rangkaian rakan dagangnya di seluruh dunia selepas negara itu keluar dari Kesatuan Eropah (EU).
Perjanjian itu dimeterai pada lewat Rabu dalam sidang secara dalam talian di antara Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan rakan sejawatannya, Jacinda Ardern.
Ia akhirnya dimuktamadkan selepas 16 bulan melalui proses perbincangan.
#Boris Johnson #Jacinda Ardern #pemansuhan tarif #rakan dagang