Uday Kotak usahawan tahunan terbaik Ernst & Young
Rizal Zulkapli
Jun 8, 2014 10:37 MYT
Jun 8, 2014 10:37 MYT
Usahawan dari India, Uday Kotak dinobat usahawan tahunan terbaik Ernst and Young 2014.
Uday, pengasas Kotak Mahindra Bank, dipilih dari 60 usahawan dari 51 negara.
Menurut Hakim, pemilihan Uday adalah berdasarkan kelestarian perniagaan dan profil India sebagai tempat yang mencabar untuk menubuhkan bank.
Uday memulakan Kotak Mahindra pada sekitar tahun 80 an dengan modal sebanyak AS$250,000 (RM802,572).
Ia kini merupakan sebuah institusi kewangan global dengan pendapatan sebanyak AS$2.5 bilion (RM8.03 bilion).
Kotak Mahindra menggaji lebih 25,000 pekerja dan menambah 2,000 ke 3,000 pekerja secara purata setiap tahun.
Uday dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar dengan latar belakang pertanian serta mendapat pendidikan di India.
Dalam sejarah penubuhannnya ia menjalinkan hubungan rapat dengan beberapa institusi kewangan lain termasuk Ford Credit dan Goldman Sachs.
Ia kini menyasarkan kepada perkhidmatan penghantaran wang, perniagaan transnasional syarikat India dan pelaburan syarikat luar ke India.
Untuk 2014 Ernst and Young menerima lebih 10,000 pencalonan untuk anugerah usahawan terbaik di peringkat 51 negara.