UAE siapkan lapangan terbang khas untuk A380
Astro Awani
Februari 12, 2013 12:20 MYT
Februari 12, 2013 12:20 MYT
Emeriyah Arab Bersatu, UAE merupakan negara pertama yang mempunyai sebuah lapangan terbang khusus untuk Superjumbo A380.
Beroperasi di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pembinaan "Concourse A" itu berupaya meningkatkan kapasiti lapangan terbang itu kepada 75 juta berbanding 60 juta penumpang ketika ini.
Pembinaan terminal khas ini dibuat memandangkan fasiliti sedia ada tidak dapat memenuhi permintaan yang wujud menerusi pengunaan A380.
Terminal ini berkeluasan 528 kaki persegi, dibina dengan kos ASD3.30 bilion.
Ia mempunyai 11 tingkat, dan ada tingkat khusus untuk ruangan kelas perniagaan dan kelas utama.
Ia juga menempatkan hotel 4 dan 5 bintang, dengan keseluruhan 202 bilik, termasuk 37 suites.
Terminal ini juga ketika ini ekslusif digunakan syarikat penerbangan Emirates milik kerajaan Dubai.
Emirates merupakan syarikat penerbangan paling pesat berkembang, juga merupakan pembeli terbanyak A380.
Ia membeli 31 daripada 90 A380 yang dibina Airbus. Syarikat penerbangan Australia, Qantas yang menandatangani perjanjian strategik dengan Emirates pada 2012 pula bakal mengunakan terminal ini untuk 2 buah A380nya mulai 30 Mac.