Tune Talk perkenal Pek JIMAT, bantu kurangkan beban ekonomi pelanggan

Ehsan A Marisah
September 8, 2022 11:24 MYT
Pek JIMAT merupakan solusi bagi membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan, menghadapi cabaran ekonomi masa ini, selain direka khas mengikut keperluan dan kehendak setiap individu. - Foto Tune Talk
KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi Tune Talk memperkenalkan Pek JIMAT yang membolehkan para pelanggan melayari internet dengan lancar dan membuat panggilan tanpa had.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amendran berkata, pek tersebut merupakan solusi bagi membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan, menghadapi cabaran ekonomi masa ini, selain direka khas mengikut keperluan dan kehendak setiap individu.
“Sebagai satu inisiatif membantu rakyat Malaysia berjimat dalam keadaan ekonomi yang sukar ini, kami ingin memperkenalkan pelan-pelan internet dan panggilan tanpa had pada harga mampu milik.
"Para pengguna juga dapat melanggani pelan mengikut kesesuaian dan keselesaan mereka.
“Dengan keadaan ekonomi dan gaya hidup rakyat Malaysia yang sedang berubah, kami sebagai sebuah syarikat telekomunikasi haruslah lebih prihatin dan bertindak untuk memberi pelanggan-pelanggan servis yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Sementara itu, melalui Pek JIMAT berkenaan, tersedia pelan Fokus 33, Fokus 40 dan Bebas 55.
Bagi pelan Fokus 33, pelanggan boleh mendapatkannya serendah RM33 sebulan dan dapat menggunakan servis internet dengan kelajuan dua kali ganda pada waktu produktiviti dan hotspot sebanyak 4GB.
Selain itu, pelan Fokus 40 pula menyediakan hotspot sebanyak 6GB serendah RM40, manakala pelan Bebas 55 tersedia dengan hotspot tanpa had daripada RM55 sebulan.
Tune Talk juga menyediakan cara pembayaran yang lebih fleksibel bagi meringankan lagi beban rakyat.
Untuk maklumat lanjut, layari www.tunetalk.com dan muat turun Aplikasi Tune Talk untuk melanggani pelan-pelan baru yang kini sedia ada.
#Tune Talk #pek JIMAT #pelan internet #Ameen Amendran
;