Tune Hotel KLIA-KLIA2 dinobatkan Hotel Lapangan Terbang Terkemuka Asia 2020
Bernama
November 6, 2020 11:45 MYT
November 6, 2020 11:45 MYT
KUALA LUMPUR: Tune Hotel Kuala Lumpur International Airport (KLIA-KLIA2) telah dinobatkan sebagai Hotel Lapangan Terbang Terkemuka Asia untuk tahun kedua berturut-turut oleh World Travel Awards (WTA).
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Ormond Group Gareth Lim berkata anugerah ini adalah antara pelbagai anugerah lain yang dimenangi kumpulan untuk tahun ini.
Ormond Group ialah syarikat induk Tune Hotel KLIA-KLIA2.
Lim berkata hotel itu telah mencapai kejayaan dengan mengalahkan pesaing terkemuka lain dalam kalangan kumpulan hotel antarabangsa.
"Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar untuk industri hospitaliti tetapi saya amat berbangga dengan usaha dan ketekunan pasukan kami dalam menyediakan perkhidmatan sebaik mungkin kepada para tetamu," kata beliau.
Sementara itu, Tune Hotel KLIA-KLIA2 akan melancarkan pakej Hotel Lapangan Terbang Terkemuka Asia dengan menawarkan harga promosi untuk bilik dan perkhidmatan di hotel berkenaan dalam tempoh 12 bulan ini.
"Tetamu berulang dan pelawat kali pertama boleh mendapatkan harga bilik serendah RM180 semalam, 20 peratus diskaun untuk makanan dan minuman dan naik taraf ruang sedia ada ke kategori bilik premium," tambahnya.
-- BERNAMA
#KLIA
#KLIA2
#tune hotel
#Gareth Lim
#hotel
#lapangan terbang
#Hotel Lapangan Terbang Terkemuka
#Asia
#Ormond Group
#hospitaliti