TSMC dilapor gantung pengeluaran cip AI untuk syarikat China

Amanz
November 9, 2024 11:20 MYT
TSMC telah menggantung pengeluaran cip AI dengan teknologi 7nm dan lebih kecil yang dipesan oleh syarikat China, selepas cip tersebut ditemukan pada cip AI Huawei Ascend yang telah dikenakan sekatan. -Amanz
TSMC dilapor telah menggantung pengeluaran cip AI dengan teknologi 7nm dan lebih kecil yang dipesan oleh syarikat yang berpangkalan di China.

Ringkasan AI
  • TSMC telah menggantung pengeluaran cip AI dengan teknologi 7nm dan lebih kecil yang dipesan oleh syarikat China, selepas cip tersebut ditemukan pada cip AI Huawei Ascend yang telah dikenakan sekatan.
  • Pengeluaran cip AI masih akan dilakukan tetapi tertakluk kepada proses kelulusan yang mungkin melibatkan Amerika Syarikat terlebih dahulu.
  • China menghadapi pelbagai halangan dalam membangunkan cip AI sendiri disebabkan oleh sekatan teknologi, namun mereka terus melakukan pelaburan tinggi untuk memacu industri semikonduktor tempatan.

Tindakan diambil selepas cip yang dikeluarkan untuk sebuah syarikat China ditemukan pada cip AI Huawei Ascend yang telah dikenakan sekatan mengakses faundri TSMC sejak empat tahun yang lalu.
Notis diberikan oleh TSMC kepada pelanggan di China pada Isnin lalu.
Pengeluaran masih lagi akan dilakukan tetapi tertakluk kepada proses kelulusan yang mungkin melibatkan Amerika Syarikat terlebih dahulu.
Halangan jualan cip AI terkini keluaran AMD dan NVIDIA telahpun dikenakan oleh Amerika kepada China sejak dua tahun lalu.
China cuba membangunkan cip AI sendiri tetapi usaha mereka mengalami pelbagai halangan disebabkan oleh sekatan teknologi.
Antara usaha yang dilakukan China ialah melakukan pelaburan tinggi untuk memacu industri semikonduktor tempatan.
Muncul laporan Huawei sanggup membayar gaji tiga kali ganda kepada kakitangan TSMC yang berpindah ke syarikat mereka. -Amanz
#TSMC #NVIDIA #cip AI Huawei Ascend #7nm
;