Trend pengangguran negara meningkat - MIDF Research

Najib Aroff
Februari 18, 2016 15:08 MYT
Malaysia merekodkan kadar pengangguran 4.1 peratus ketika krisis kewangan sebelum ini. - Foto AFP
Trend kadar pengangguran Malaysia menunjukkan peningkatan meskipun ia berlegar di sekitar 3 ke 3.2 peratus.
Menurut MIDF Research dalam nota kajian, sejak akhir 2014, trend itu semakin meningkat dengan bulan Disember berada pada 3.3 peratus.
Bagaimanapun firma itu berkata angka diselaras bermusim hanya berada pada 3.1 peratus, lebih rendah berbanding 3.2 peratus pada bulan sebelumnya.
Pada Disember, kadar pengangguran berada pada 478,100 berbanding 453,300 pada bulan sebelumnya.
Bagaimanapun, ia masih menunjukkan peningkatan berbanding Oktober 2014 pada hanya 2.7 peratus.
Menurut MIDF, Malaysia merekodkan kadar pengangguran 4.1 peratus ketika krisis kewangan 2008.
Menurut Jabatan Statistik, jumlah pengangguran setahun lalu berada pada 432,100 dengan kadar penyertaan tenaga kerja berada oada 67.8 peratus pada Disember 2015, meningkat berbanding 67.7 peratus.
#kadar pengangguran #MIDF reseach #pengangguran di Malaysia
;