Trak konsep membuat kejutan di Alami Proton!
Astro Publication
Oktober 5, 2015 15:14 MYT
Oktober 5, 2015 15:14 MYT
Sedang kami sibuk di Pullman Putrajaya hujung minggu lepas untuk menjayakan festival automotif XLR8, Proton pula membuat kejutan sendiri ketika acara Alami Proton. Kajian rekaan yang anda lihat ini adalah konsep pikap yang diletakkan di atas platform MPV Exora.
Sebagai konsep, ia memang bukan dirancang untuk pengeluaran tetapi hanya sebagai ‘latihan’ untuk rekaan yang bukan di dalam segmen tumpuan Proton. Lebih-lebih lagi pada suatu masa dahulu model Arena merupakan satu model yang agak popular di Australia – walaupun ia secara tepatnya adalah sebuah ‘ute’ ataupun pikap rendah.
Sebagai sebuah konsep, ia juga tidak perlu akur kepada acuan rekaan Proton. Ini jelas di bahagian hadapan di mana unsur gril ‘Proton Wings’ sudah ditukar dengan batang krom tebal yang terletaknya logo Proton di tengah selain jalur lampu LED untuk pencahayaan.
Secara keseluruhan, terdapat kesamaan dengan gril Ford Raptor di sini, manakala bahagian belakang pula kelihatan sama dengan Ssangyong Actyon Sports.