Top Glove harap permohonan CFA segera diluluskan

Astro Awani
April 8, 2021 18:43 MYT
Kim Meow berkata, pihaknya juga telah mematuhi Akta 446 melibatkan isu kediaman pekerja. - Top Glove
KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd berharap pihak berkuasa dapat segera menyelesaikan permohonan Sijil Untuk Penginapan (CFA) selepas spesifikasi dihantar kepada pihak berkenaan untuk kelulusan.
Pengarah Urusan Top Glove, Datuk Lee Kim Meow berkata, pihaknya juga telah mematuhi Akta 446 melibatkan isu kediaman pekerja.
"Secara keseluruhan, kami tetap berkomitmen tinggi untuk memastikan kesejahteraan, kesihatan, keadaan kerja dan tempat tinggal yang berkualiti tinggi bagi tenaga kerja kami.
"Kami berusaha untuk menyelesaikan masalah WRO secepat mungkin.
"Kami sudah berada dalam perniagaan selama 30 tahun, kami telah melalui dan mengatasi banyak cabaran untuk muncul pengeluar sarung tangan terbesar di dunia," katanya semasa sesi webinar pada Khamis.
BACA: Top Glove perjelas tiada isu baharu berkaitan buruh paksa ditemukan
BACA: Top Glove akan dapatkan penjelasan berhubung rampasan sarung tangan di pelabuhan AS
Selain Kim Meow, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai, Pengarah Eksekutif Lim Cheong Guan dan aktivis pekerja asing, Andy Hall turut menjadi panel webinar.
Top Glove sebelum ini menjelaskan, tiada isu tambahan baharu berkaitan buruh paksa ditemukan atau ditambah walaupun beberapa ratifikasi dan pengesahan diperlukan dalam dapatan sebelum ini berhubung penemuan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS baru-baru ini.
Menurut pembuat sarung tangan itu, pihaknya akan terus memberi kerjasama secara aktif kepada CBP AS untuk menangani dan memperbetul sepenuhnya isu yang dikenal pasti itu dengan serta-merta atau segera.
Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) sebelum ini telah meningkatkan penarafan kredit korporat Top Glove Corp Bhd (Top Glove) daripada AA pada tahun 2020 kepada AA pada tahun 2021.
Dalam satu kenyataan, Top Glove menjelaskan, pendapatan yang lebih tinggi ditambah dengan penukaran sepenuhnya bon boleh tukar UAS$200 juta (AS$ 1 = RM4.04), telah mengukuhkan struktur permodalannya, ia menghasilkan nisbah hutang ke ekuiti yang lebih baik pada suku pertama tahun kewangan 2021.
#cfa #Top Glove #WRO #webinar #CBP #MARC
;