Top Builders diklasifikasi sebagai syarikat PN17

Bernama
Januari 29, 2022 08:10 MYT
Sehingga 28 Jan, 2022, terdapat sejumlah 26 syarikat di bawah PN17 dan GN3.
KUALA LUMPUR: Top Builders Capital Bhd mencetuskan kriteria yang tertakluk kepada Perenggan 2.1(a) dan 2.1(e) Nota Amalan No. 17 (PN17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities).
Dalam kenyataan pada Jumaat, Bursa Securities berkata ia akan terus memantau perkembangan Top Builders berhubung pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
"Sehingga 28 Jan, 2022, terdapat sejumlah 26 syarikat di bawah PN17 dan GN3 yang mewakili 2.87 peratus daripada jumlah keseluruhan 907 syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Securities," katanya.
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #Top Builders #PN17 #Bursa Securities
;