Tokopedia sahkan perbincangan kerjasama dengan TikTok di Indonesia
Amanz
Disember 9, 2023 14:00 MYT
Disember 9, 2023 14:00 MYT
BEBERAPA laporan sedia menyatakan TikTok akan bekerjasama dengan pihak Tokopedia di Indonesia dalam terus memperluaskan penawaran edagang mereka di negara dengan hampir 300 juta penduduk berkenaan.
Kini, secara rasminya pihak Tokopedia mengesahkan mereka dalam perbincangan bersama pihak TikTok untuk kerjasama e-dagang.
Ia dikatakan masih pada peringkat perbincangan, dan perbincangan berkenaan tidak melibatkan sebarang pengambilalihan atau pengambilan saham melebihi 50% pada mana-mana pihak.
Sebelum ini, Indonesia telah mengharamkan TikTok Shop di Indonesia, sekali gus membuatkan harapan dan perancangan e-dagang oleh TikTok terjejas di negara berkenaan.
Dengan langkah kerjasama bersama Tokopedia ini, ia dijangka akan dapat meneruskan kembali hasrat edagang TikTok di rantau ini. - Amanz