TMC Life Sciences keluarkan surat tunjuk sebab kedua kepada Wan Nadiah

Dagang News
April 1, 2024 10:20 MYT
Wan Nadiah. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: TMC Life Sciences Bhd mengeluarkan surat tunjuk sebab kedua kepada Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob yang mengandungi dakwaan berbeza daripada surat tunjuk sebab pertama.
Surat tunjuk sebab pertama dikeluarkan pada 29 Januari 2024.
“Jawatankuasa audit dan pengurusan risiko (ARMC) telah menyemak dengan teliti balasan bertulis daripada Wan Nadiah kepada surat tunjuk sebab pertama, di mana ARMC telah menemui dan membuat kesimpulan bahawa jawapan bertulis secara amnya tidak mencukupi untuk menjawab dakwaan yang dinyatakan dalam surat tunjuk sebab pertama.
"ARMC telah melaporkan penemuan dan kesimpulannya kepada lembaga," syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
TMC Life Sciences berkata lembaga itu akan menunggu penemuan ARMC dan maklum balas Wan Nadiah terhadap dakwaan dalam surat tunjuk sebab kedua sebelum memutuskan langkah seterusnya untuk proses tatatertib, termasuk menangani dakwaan daripada surat tunjuk sebab pertama dan, jika berkenaan, surat tunjuk sebab kedua.
"Lembaga akan membuat pengumuman lanjut mengenai perkara ini pada masa yang sesuai," tambahnya.- DagangNews.com
#TMC Life Sciences Bhd #Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob #surat tunjuk sebab
;