TM komited ke arah sifar karbon menjelang 2050 - CEO

Astro Awani
November 3, 2021 07:52 MYT
Imri menjelaskan menjelang 2030, TM akan mengurangkan jejak karbon sebanyak 50 peratus dan seterusnya sifar karbon menjelang 2050. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kumpulan TM Berhad sentiasa berusaha untuk mengurangkan jejak karbon dalam operasinya sesuai dengan kehendak semasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Berhad, Imri Mokhtar menjelaskan biarpun masih terdapat kaedah lama yang diguna pakai namun bergerak ke hadapan, perkara itu akan berubah.
Imri menjelaskan menjelang 2030, TM akan mengurangkan jejak karbon sebanyak 50 peratus dan seterusnya sifar karbon menjelang 2050.
"Saya rasa ketika kita melabur dan berkembang bersama-sama dengan negara ini dengan cara yang bertanggungjawab, kita komited untuk mengurangkan jejak karbon.
"Menjelang 2030 kita berusaha mengurangkan jejak karbon pada tahap 50 peratus dan seterusnya sifar karbon menjelang 2050.
"Pelbagai cara untuk melakukannya. kita ada dua rangkaian, sebahagian besarnya adalah gentian fiber dan masih ada tembaga," katanya ketika menjadi tetamu Agenda AWANI.
Imri juga menjelaskan dalam memainkan peranannya sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), TM Berhad sentiasa memastikan pelaburan yang dibuat dapat memberi manfaat kepada negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Berhad, Imri Mokhtar menjelaskan pihaknya sentiasa berusaha memainkan peranannya sebagai Syarikat Senarai Awam (PLC) dan GLC.
Beliau juga menjelaskan, pengalaman berdepan pandemik COVID-19, menuntut semua pihak termasuk TM berusaha dengan berbagai cara.
#TM Berhad #Imri Mokhtar #jejak karbon #sifar karbon
;