Temberang seorang lelaki yang sudah berkahwin kononnya dia dijangkiti COVID-19 dan bakal menghadapi maut hanya mengundang padah apabila dia diberkas polis selepas tiga bulan menghabiskan masa bersama kekasihnya.
Menurut laporan polis, pada 24 Jun lalu, lelaki yang dikenali sebagai Manish Mishra yang bekerja di Navi Mumbai telah menghubungi isterinya memaklumkan dia positif COVID-19.
Dalam perbualan singkat itu, Mishra mendakwa, jangkitan pandemik itu menyebabkan dia dijangka tidak dapat hidup lama seraya mematikan telefon bimbitnya.
Pada hari berkenaan juga, lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah menyebabkan ahli keluarganya cuba menghubunginya, namun tidak berjaya.
Risau dengan keadaan itu, ahli keluarga lelaki itu membuat keputusan untuk membuat laporan polis mengenai kehillangan Mishra.
Susulan laporan yang dibuat, polis tempatan menubuhkan pasukan untuk menjejaki Mishra dengan mengesan lokasi panggilan terakhir menerusi telefon yang dibuat lelaki berkenaan sebelum mematikannya.
“Melalui usaha menjejaki lokasi terakhir, kami menemui motosikal dan kunci serta beg yang dibawa Mishra serta topi keledar,” kata jurucakap polis kepada media tempatan.
Dalam masa sama, untuk memastikan apakah kehilangan Mishra disebabkan kes bunuh diri, pihak polis turut melakukan kerja-kerja pencarian di kawasan persekitaran termasuk meminta bantuan nelayan tempatan untuk mencari jasad lelaki itu di sungai.
Bagaimanapun, tiada sebarang petanda Mishra membunuh diri yang ditemui polis.
“Kami yakin bahawa dia masih hidup dan meneruskan pencarian,” kata pegawai polis itu lagi.
Pegawai penyiasat kemudiannya menjejaki lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengedarkan wajahnya kepada polis di negeri-negeri lain di India.
Usaha itu membuahkan hasil apabila Mishra dikesan sedang ‘bersiar-siar bersama seorang wanita.
Siasatan juga mendapati, Mishra telah berkunjung ke Madhya Pradesh dan tinggal bersama kekasihnya itu di Indore.
“Kami difahamkan mereka menjalin hubungan terlarang, dia (Mishra) tinggal di Indore bersama kekasihnya,” kata jurucakap itu lagi.
Penemuan itu akhirnya membawa Mishra dibawa pulang semula ke Navi Mumbai oleh pasukan polis.
Agensi
Sat Sep 19 2020
Manish Mishra yang bekerja di Navi Mumbai telah menghubungi isterinya memaklumkan dia positif COVID-19 sebelum menghilangkan diri selama tiga bulan. - Gambar hiasan
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.