Tingkat keuntungan perniagaan melalui pemasaran bernas

Ehsan A Marisah
Januari 30, 2021 21:51 MYT
Pemasaran merupakan bidang paling penting dalam memastikan kestabilan dan pertumbuhan sesebuah perniagaan.
KUALA LUMPUR: Kebanyakan usahawan beranggapan bahawa memuat naik gambar produk di media sosial atau mengiklankannya di televisyen sudah memadai untuk produk tersebut terjual dengan sendirinya.
Ada juga sebilangan usahawan masih tidak menggunakan sebarang strategi pemasaran, malah merasakan ia usaha yang sia-sia.
Hakikatnya, pemasaran merupakan bidang paling penting dalam memastikan kestabilan dan pertumbuhan sesebuah perniagaan.
Jika dilihat kepada produk atau jenama yang berjaya di dunia ketika ini, mereka mempraktikkan idea, strategi dan melakukan pertaruhan besar dalam pemasaran.
Oleh itu, untuk terus bertahan dalam persaingan pasaran hari ini, tindakan dan langkah yang betul perlu segera diambil.
Apa yang penting adalah dengan mempelajari ilmu pemasaran melalui sumber yang berkelayakan untuk dijadikan rujukan.
Pun begitu, tidak hanya tertumpu kepada teori semata-mata, ia perlu dipraktikkan bagi melihat hasilnya.
Dalam pada itu, bagi usahawan atau peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang masih mencari-cari medium untuk mempelajari ilmu pemasaran, ini peluang anda!
Sertai diskusi secara mendalam menerusi webinar percuma yang membincangkan isu “Level Up! Power Your Way to Profit Through Clear Marketing” dalam NAMMA SME Series anjuran Astro Ulagam, RAAGA dan AWANI LINC.
Sesi ini akan dikendalikan oleh Penyampai RAAGA, Uthaya dan disertai Ketua Pegawai Eksekutif Mojo Projects Sdn Bhd, Ratna Kumar Nadarajan; Ketua Pegawai Sociolytics Sdn Bhd, Dhanyaraam Chinathamby dan Ketua Perniagaan Masyarakat India, Astro Media Solutions Sdn Bhd, Kavin Mullai Sadasseevan.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com, pada 3 Februari 2021, jam 8 malam.
#PKS #peniaga kecil dan sederhana #IKS #SME #pemasaran #marketing #keuntungan #profit #media sosial #webinar #AWANI LINC
;