Ramai rakyat Malaysia telah beralih dari penggunaan wang tunai kepada kad debit dengan kebanyakan dari mereka memilih keselesaan dan kebolehpercayaan yang disediakan oleh pembayaran elektronik.
Menurut syarikat pembayaran gergasi, Visa, perbelanjaan kad debit di Malaysia telah melonjak sejak empat tahun lepas dengan peningkatan 50 peratus tahun demi tahun, mengatasi negara-negara jiran di Asia Tenggara.
Sementara negara mencatatkan pertumbuhan tertinggi untuk perbelanjaan kad debit di rantau ini, negara-negara jiran yang lain kini ketinggalan di belakang Malaysia yang kini telah menerajui penggunaan pembayaran elektronik.
Peningkatan dramatik dalam penggunaan kad debit adalah satu tanda perkembangan yang dipamerkan Visa ke arah EPP4, iaitu agenda kerajaan untuk memacu negara Malaysia ke arah pembayaran elektronik dan pewujudan suatu ekosistem pembayaran bersepadu.
"Malaysia kini mengalami suatu "revolusi kad debit" dengan lebih ramai cenderung menggunakan kad debit bagi pembelian harian dan membawa jumlah wang tunai yang lebih sedikit bersama-sama mereka," kata Stuart Tomlinson, Pengurus Negara Visa dalam satu kenyataan hari ini.
"E-dagang kini merupakan salah satu pemacu utama bagi pertumbuhan dalam penggunaan kad debit Visa. Kami dapati terdapat peningkatan sebanyak 68 peratus perbelanjaan dalam talian dengan kad debit berbanding tahun lepas.
"Penyelidikan kami turut menunjukkan yang 80 peratus daripada responden Malaysia membeli-belah dalam talian sejak 12 bulan lepas dan keselesaan merupakan penggerak utama untuk mereka berbuat demikian," tambah beliau.
Tomlinson berkata syarikat akan terus bekerjasama dengan bank-bank di Malaysia untuk meningkatkan kesedaran berhubung pentingnya penggunaan kad-kad debit dan mendidik pemegang kad mengenai kelebihan pembayaran elektronik.
Bernama
Wed Oct 24 2012
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Bayar tol guna kad debit, kredit di 12 lebuh raya bermula September - Alexander Bayar tol guna kad debit, kredit di 12 lebuh raya bermula September - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686826936_PlazaTolAlamDamai.jpg)
Bayar tol guna kad debit, kredit di 12 lebuh raya bermula September - Alexander
Pengguna boleh membayar tol menggunakan kad debit, kredit bermula September, berikutan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka akan dilaksana di 12 lebuhraya secara berperingkat.
![Maybank minta maaf, jumlah trafik 'luar biasa' punca perkhidmatan terganggu Maybank minta maaf, jumlah trafik 'luar biasa' punca perkhidmatan terganggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640007262_maybank.jpg)
Maybank minta maaf, jumlah trafik 'luar biasa' punca perkhidmatan terganggu
Masalah itu berpunca daripada jumlah trafik yang tinggi dalam semua platform tersebut yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
![Foodpanda alami masalah teknikal, tidak boleh diakses seketika Foodpanda alami masalah teknikal, tidak boleh diakses seketika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623419810_foodpanda.jpg)
Foodpanda alami masalah teknikal, tidak boleh diakses seketika
Buat ketika ini, pihak Foodpanda sedang mencari jalan penyelesaian buat pengguna mengakses semula aplikasi tersebut.
![Lelaki selamba belanja RM32,000 guna kad jiran yang mati 2 tahun lalu Lelaki selamba belanja RM32,000 guna kad jiran yang mati 2 tahun lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71537075020_luarnegara.png)
Lelaki selamba belanja RM32,000 guna kad jiran yang mati 2 tahun lalu
Robert Sharkey ditahan pada hari yang sama atas tuduhan menghalang pengebumian pada tarikh antara Ogos 2015 dan Oktober 2017.