Tindakan Korea Utara dijangka tidak jejas pasaran serantau

Pritha Manivannan
Januari 6, 2016 18:10 MYT
Pengarah Pusat Seismologi Taiwan, Kuo Kai-Wen menunjukkan lokasi ujian bom hidrogen - Foto AFP
Pasaran serantau dijangka tidak terjejas susulan ujian bom hidrogen Korea Utara.
Menurut Ketua Strategi Phillip Capital, Phua Lee Kerk bagaimanapun pasaran China dan Korea Selatan dijangka terjejas susulan kedudukan geografi.
Phua berkata tindakan itu dilakukan Korea Utara bagi menarik perhatian Korea Selatan, Jepun dan China yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik.
Korea Utara berasa ketinggalan dengan hubungan diplomatik yang baik antara Korea Selatan, China dan Jepun.
“Korea Utara berasa ketinggalan dengan hubungan diplomatik yang baik antara Korea Selatan, China dan Jepun. Inilah punca tindakan yang diambil Korea Utara.
“Ini juga bagi menarik perhatian ketiga-tiga negara itu supaya mereka akan berbincang dengan Korea Utara seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi negara tersebut.
“Korea Utara sentiasa melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Menerusi tindakan ini, mereka hendak menunjukkan kuasa ketenteraannya.

“Korea Utara menunjukkan kemampuan mereka untuk mengeluarkan bom hidrogen, melancarkan peluru berpandu dan mereka juga mungkin akan menimbulkan ketegangan di zon bebas perang.

“Tetapi, pada pendapat saya, mereka dijangka tidak menimbulkan ketidakstabilan serantau,” kata Phua.
Phua bagaimanapun menjangkakan tindakan tersebut tidak akan menimbulkan ketegangan melampau peringkat serantau.
#China #Ketua Strategi Phillip Capital #Korea Selatan #Korea Utara #Phua Lee Kerk #ujian bom hidrogen
;