Time tawar pelan internet berkelajuan tinggi sehingga 2Gbps

Ehsan A Marisah
Oktober 10, 2022 10:10 MYT
Time komited menambah baik jaringan internet untuk memastikan permintaan internet stabil dan berkelajuan tinggi yang semakin meningkat dapat dipenuhi kepada semua lapisan masyarakat. -Foto Time
SHAH ALAM: Penyedia perkhidmatan jalur lebar, TIME dotCom Bhd (Time) baru-baru ini melancarkan pelan internet berkelajuan tinggi hingga 2 gigabit sesaat (Gbps) untuk membolehkan rakyat menikmati gaya hidup digital pada aras terbaik.
Ketua Projek Khas Time, Rohaila Basir berkata, syarikat terus komited menambah baik jaringan internet untuk memastikan permintaan terhadap internet stabil dan berkelajuan tinggi yang semakin meningkat dapat dipenuhi kepada semua lapisan masyarakat.
“Genap empat tahun yang lalu, Time menerajui pasaran dengan memperkenalkan pelan 1Gbps yang sehingga hari ini tiada pesaingnya.
“Kami juga mendapati sejak beberapa tahun yang lalu, permintaan terhadap jalur lebar dan ketersambungan pantas meningkat.
"Jadi, selaras dengan prinsip ‘sentiasa memperbaharui keadaan’, kami memperkenalkan produk terbaharu 2Gbps,” katanya ketika ditemui pemberita pada Pelancaran Pelan Baharu Internet Time di ibu pejabatnya di sini.
Dalam pada itu, Rohaila menambah, pihaknya turut menawarkan produk Same Day Internet untuk memenuhi gaya hidup pantas pelanggan yang menggunakan internet di mana-mana sahaja pada masa ini.
“Kami memahami bahawa para pelanggan ini terdiri daripada mereka yang sibuk bekerja, berniaga, masih bersekolah, dan sebagainya.
“Jadi untuk membantu mereka mendapatkan internet lebih pantas, kami juga memperkenalkan pakej Same Day Internet, iaitu sekiranya pelanggan mendaftar pelan internet ini sebelum jam 10 pagi, kami akan membuat pemasangan serta penyambungan internet di kawasan mereka pada hari yang sama,” ujarnya.
Jelas beliau lagi, pihaknya juga dalam perancangan untuk melancarkan Pakej MyKabel dengan menawarkan penyediaan internet stabil dan berkelajuan tinggi di kawasan-kawasan di bawah liputan syarikat yang mempunyai tahap penembusan internet rendah.
“Kami akan memperkenalkan Pakej MyKabel. Ia merupakan pakej internet berkelajuan tinggi berasaskan fiber di kawasan jaringan kami yang mempunyai penembusan internet rendah dan mempunyai infrastruktur legasi, iaitu tembaga atau kuprum.
“Kami amat teruja mengenai pakej ini dan berharap dapat terus mempromosikan produk internet berkelajuan tinggi dan ketersambungan stabil pada harga yang menarik,” jelasnya.
Sementara itu, orang ramai boleh mendapatkan pelan internet berkelajuan tinggi 2Gbps berkenaan pada harga RM379 sebulan dan akan didatangkan bersama dua peranti mesh WiFi percuma yang tersedia di semua lokasi di bawah rangkaian Time bermula 7 Oktober lalu.
Pada masa sama, Time menawarkan tiga pelan internet dalam rangkaian Time Fibre Home meliputi internet berkelajuan 100 Mbps pada harga RM99 sebulan, 500 Mbps (RM139/sebulan) dan 1 Gbps (RM199/sebulan).
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari time.com.my.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
#TIME #pelan internet #kelajuan internet #jalur lebar
;