TikTok Shop umum kenaikan yuran komisyen platform mulai 1 Mac 2024
Amanz
Februari 7, 2024 09:50 MYT
Februari 7, 2024 09:50 MYT
TIKTOK kini memaklumkan para penjual di platform TikTok Shop, menyatakan caj yuran komisyen untuk penggunaan platform akan ditingkatkan bermula 1 Mac 2024 kelak.
Caj baharu ini juga akan turut mengambil kira dan menyertakan caj SST 8% yang akan dikuatkuasakan di Malaysia bermula 1 Mac 2024.
Melalui jadual yang dikongsikan, caj yuran komisyen platform adalah sehingga 4.32%, bergantung kepada kategori produk.
Semua bayaran akan ditolak secara automatik pada tempahan akhir, sebelum penjual menerima bayaran mereka.
Selain yuran komisyen, TikTok Shop juga mempunyai caj transaksi sebanyak 2.16% untuk setiap pembayaran yang berjaya.