TikTok dianggar bernilai ASD100 bilion
Amanz
Mac 18, 2024 11:00 MYT
Mac 18, 2024 11:00 MYT
TIKTOK perlu dijual sekiranya ingin terus beroperasi di Amerika Syarikat selepas Dewan Perwakilan negara tersebut sebulat suara meluluskan rang undang-undang (RUU) memaksa penjualannya dalam masa enam bulan.
Ini dilakukan atas sebab “menjaga keselamatan negara” kerana TikTok didakwa melakukan intipan bagi pihak China.
Walaupun Bytedance bertegas akan menentang RUU ini jika diluluskan senat dan Presiden Joe Biden, beberapa kumpulan pelabur di Amerika Syarikat telah bersedia untuk membelinya.
Menurut penganalisa, nilai TikTok pada waktu ini ialah sekitar $100 bilion dan akan turun ke $40 bilion jika algoritma tidak dijual bersama.
Beberapa tahun yang lalu China telah menetapkan algoritma milik syarikat China tidak boleh dijual tanpa kebenaran kerajaan terlebih dahulu.
Ini menjadikan TikTok lebih bernilai berbanding Twitter, YouTube, Instagram dan WhatsApp semasa ia dijual oleh pemilik asal.
Pada waktu yang sama ramai pengalisa melihat proses jualan syarikat ini akan mengambil masa bertahun lamanya kerana TikTok akan menentangkan menerusi mahkamah tinggi.
Oleh sebab ini, besar kemungkinan TikTok akan diharamkan sahaja daripada beroperasi di Amerika Syarikat dan langsung tidak dijual.
Jika ini berlaku, Amerika Syarikat akan mengikuti jejak India dan Nepal yang juga mengharamkan TikTok sebelum ini.
SUMBER Washington Post