Tiada perubahan dalam pemilikan ntv7 - Media Prima
Bernama
Februari 16, 2021 04:50 MYT
Februari 16, 2021 04:50 MYT
KUALA LUMPUR: Tiada perubahan kepada pemilikan saluran televisyen Media Prima Berhad di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima, iaitu Natseven TV Sdn Bhd (ntv7).
Media Prima dalam kenyataan malam tadi memaklumkan ia juga tidak berhenti operasi seperti tanggapan dan laporan sesetengah pihak susulan berita pelancaran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (DidikTV KPM) hari ini.
“DidikTV KPM merupakan kolaborasi komersial strategik antara Media Prima dan KPM dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara melalui capaian luas Media Prima dalam negara dan keupayaannya dalam menerbitkan kandungan berkualiti.
“DidikTV KPM akan menyiarkan kandungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM, di samping program berkaitan pendidikan termasuk kandungan didik hibur,” katanya.
Media Prima berkata DidikTV KPM juga akan memaparkan kandungan yang memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan platform bagi masyarakat berinformasi.
-- BERNAMA
#ntv7
#Natseven TV Sdn Bhd
#Media Prima
#saluran televisyen
#berhenti operasi
#DidikTV
#pengajaran dan pembelajaran
#pdp
#Kementerian Pendidikan