Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara
Bernama
Januari 11, 2024 05:15 MYT
Januari 11, 2024 05:15 MYT
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes untuk membincangkan mengenai rancangan menambah perjalanan udara dan kedudukan Thailand sebagai hab penerbangan serantau.
Menerusi hantaran di platform media sosial X Srettha berkata: "Kami merancang untuk menambah penerbangan keluar dan masuk yang menghubungkan bandar utama dan bandar lain bagi merangsang ekonomi."
Awal minggu ini, media tempatan melaporkan, Fernandes dijangka bertemu Srettha untuk membincangkan had pemilikan asing bagi syarikat penerbangan di negara itu.
-- BERNAMA