TH sahkan Apandi Ali letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah
Astro Awani
Jun 7, 2018 17:34 MYT
Jun 7, 2018 17:34 MYT
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan peletakan jawatan bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya pada 4 Jun lalu.
Selain Mohamed Apandi, TH juga mengumumkan Datuk Rosni Sohar turut meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 23 Mei lalu.
Rosni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH sejak Februari 2014 manakala Mohamed Apandi sejak Januari 2016.
Beliau juga merupakan Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Sebelum ini, Mohamed Apandi telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara pada 5 Jun lalu setelah diarahkan bercuti sebaik sahaja Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.
#ADUN
#Lembaga Pengarah
#letak jawatan
#Malaysia
#Mohamed Apandi Ali
#Pakatan Harapan
#Peguam Negara
#Rosni Sohar
#Tabung Haji