Tesla catat peningkatan pengeluaran dan penghantaran untuk suku keempat

Bernama
Januari 3, 2023 11:50 MYT
Tesla menghantar 388,131 sedan kompak Model 3 dan SUV Model Y yang menyaksikan peningkatan sebanyak empat peratus.
WASHINGTON: Pengeluar kereta elektrik Tesla pada Isnin melaporkan peningkatan dalam pengeluaran dan penghantaran bagi suku keempat meskipun terdapat kebimbangan kegawatan ekonomi akan menyebabkan penurunan permintaan, lapor dpa.
Dalam tiga bulan terakhir tahun ini, pembuat kereta elektrik mewah itu sudah menghantar 405,278 kenderaan meningkat empat peratus berbanding tahun lepas.
Tesla menghantar 388,131 sedan kompak Model 3 dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Model Y yang menyaksikan peningkatan sebanyak empat peratus.
Syarikat itu juga sudah membekalkan 17,147 Model S/X pada suku keempat iaitu peningkatan sebanyak sembilan peratus.
Pada suku keempat, Tesla menghasilkan sejumlah 439,701 kereta.
Pada 2022, penghantaran kenderaan meningkat 40 peratus tahun ke tahun kepada 1.31 juta, manakala pengeluaran meningkat 47 peratus dari tahun lalu kepada 1.37 juta.
-- BERNAMA
#kereta elektrik #Tesla #penghantaran kenderaan #pengeluaran kenderaan
;