Tesco Malaysia lancar perkhidmatan membeli dalam talian

Bernama
Jun 20, 2013 07:30 MYT
Tesco Stores (Malaysia) hari ini melancarkan perkhidmatan Tesco Online Grocery Home Shopping (GHS) bagi kawasan Lembah Klang.
Perkhidmatan itu menawarkan kepada pelanggan 15,000 produk makanan segar dan beku, barangan runcit dan barangan bukan makanan seperti produk kesihatan dan kecantikan, keperluan bayi dan barangan asas isi rumah.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia Georg Fischer berkata: "Kami menerima lebih 100 pesanan sehari dan pelanggan kami berkata mereka gembira dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah peraduan 'Pick and Win', di sini, Khamis.
Perkhidmatan GHS itu ditawarkan oleh empat gedungnya di Lembah Klang -- Tesco Extra Mutiara Damansara, Tesco Extra Cheras, Tesco Extra Puchong dan Tesco Klang -- dan akan dilanjutkan ke Tesco Extra di Pulau Pinang dan Johor pada Februari 2014.
#Malaysia #Tesco Online Grocery Home Shopping #tesco stores
;