TERKINI! Laporan audit 1MDB, bukan lagi rahsia
Astro Awani
Mei 15, 2018 21:22 MYT
Mei 15, 2018 21:22 MYT
Laporan audit negara berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini tidak lagi diklasifikasikan sebagai rahsia, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad.
"Saya merujuk laporan audit 1MDB yang diklasifikasikan sebagai RAHSIA pada 22 Jan 2016 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) pada 4 Mac 2016.
"Saya memaklumkan bahawa laporan Pengauditan 1MDB tersebut diklasifikasikan semula sebagai DOKUMEN TERBUKA," katanya dalam satu kenyataan media lewat petang ini.
BACA DI SINI: Ringkasan Eksekutif Laporan Pengauditan 1MDB
Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertemuan Madinah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad awal hari ini.
Orang ramai yang ingin mengetahui rumusan dari laporan itu kini boleh diakses dalam laman web Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my.
Ketika pentadbiran Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Najib Tun Razak, orang ramai menunggu hasil laporan Jabatan Audit Negara berkaitan 1MDB.
Bagaimanapun, setelah laporan itu selesai, ia diklasifikasikan sebagai rahsia dan ia menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Dokumen Terbuka
#laporan audit
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#Pilihan Malaysia