Terjemahan tepat terma GST dalam Bahasa Mandarin

Bernama
Disember 21, 2016 20:24 MYT
Penggunaan terjemahan yang tepat itu bertujuan mengelakkan maksud Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dalam Bahasa Mandarin disalah tafsir.
Kementerian Kewangan hari ini memaklumkan terjemahan tepat bagi terma Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam Bahasa Mandarin ialah 'shang pin ji fu wu shui'.
Menurut kenyataan itu, penggunaan terjemahan 'xiao fei shui' yang digunakan di akhbar dan media sosial ketika ini yang bermaksud 'Cukai Kepenggunaan' atau 'Consumption Tax' adalah tidak tepat.
Penggunaan terjemahan yang tepat itu bertujuan mengelakkan maksud Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dalam Bahasa Mandarin disalah tafsir yang juga akan memberi kesan langsung kepada Kementerian Kewangan.
Sehubungan itu, pihak kementerian berharap semua Ketua Pengarang mengambil maklum berhubung penggunaan terjemahan itu dan mengambil tindakan segera untuk menggunakan terjemahan yang tepat.
-- BERNAMA
#cukai barangan dan perkhidmatan #GST #Kementerian Kewangan #terjemahan Bahasa Mandarin
;