Tengku Zafrul jawab netizen persoal hasil pelaburan

Sinar Harian
Februari 26, 2024 23:20 MYT
Perkongsian Tengku Zafrul di aplikasi X pada Isnin. - Foto Ssnar Harian
SHAH ALAM: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membalas komen-komen netizen di media sosial yang mempersoalkan hasil perolehan susulan pengumuman pelaburan negara dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.
Ujar Tengku Zafrul, ia bukan perkara mudah kerana banyak proses perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum negara dapat memperoleh keuntungan.
“Ya lah. Bila pelaburan itu lulus, bukan esok dah boleh buka kilang.
“Nak kena beli tanah, bina kilang, kemudian nak beli dan pasang peralatan kompleks lagi,” katanya dalam hantaran di aplikasi X pada Isnin.
Pada Khamis, Anwar berkata, Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada 2023 iaitu 23 peratus lebih tinggi berbanding 2022, sekali gus menjadikannya yang tertinggi dalam sejarah negara.
Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, pelaburan asing merupakan penyumbang utama sebanyak 57.2 peratus berbanding domestik iaitu 42 peratus.

"Alah, ni baru umum je, satu sen pelaburan pun belum masuk Malaysia lagi Ya lah. Bila pelaburan tu lulus, bukan esok dah boleh buka kilang. Nak kena beli tanah, bina kilang, kemudian nak beli dan pasang peralatan kompleks lagi. pic.twitter.com/e0Wuo58V07

— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) February 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ulasnya, landskap pelaburan negara yang memperlihatkan prestasi amat memberangsangkan itu mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi Malaysia sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan Madani. - Sinar Harian
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz #pelaburan #media sosial #Anwar Ibrahim