Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Amanz
April 18, 2024 09:40 MYT
April 18, 2024 09:40 MYT
TELEGRAM Messenger kini berkongsi mengatakan mereka menyasarkan platform permesejan tersebut mencapai angka 1 bilion pengguna aktif pada tahun 2024 ini.
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Telegram turut menekankan yang mana mereka merupakan satu-satunya platform yang neutral dan tidak terlibat dengan geopolitik – berbeza dengan platform sosial lain.
Telegram Messenger telah mula melihat kepada beberapa langkah menjana pendapatan kebelakangan ini, termasuk memaparkan pengiklanan pada Telegram Channels – dan berkongsi pendapatan dengan pemilik saluran berkenaan.
Di samping itu, ia turut dilaporkan Telegram sedang melihat untuk melakukan penyenaraian awam syarikat berkenaan tidak lama lagi.