Teknologi AI memperkukuh masa hadapan perniagaan
Astro Awani
Januari 21, 2022 09:00 MYT
Januari 21, 2022 09:00 MYT
PANDEMIK COVID-19 menyaksikan banyak syarikat menambah baik rangkaian mereka untuk menyokong kesalinghubungan para pekerja.
Usaha penambahbaikan tersebut dilihat dapat meneruskan kelanjutan perniagaan dan produktiviti meskipun perlu bekerja dari rumah (BDR).
Keperluan menginovasikan rangkaian dengan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dilihat amat penting dan membolehkan transformasi digital ke arah rangkaian lebih pintar, tangkas serta selamat.
Ia juga terbuka kepada pelbagai jenis persekitaran rangkaian yang boleh diakses.
Menyedari situasi itu, peneraju teknologi AI, Juniper Networks menawarkan produk dan penyelesaian yang akan memudahkan setiap urusan perniagaan dan organisasi untuk beralih ke era teknologi pelbagai awan (multi-cloud) menggunakan rangkaian dipacu oleh AI yang lebih selamat dan automatik.
Tinjauan global terbaru mengenai kesediaan dan adaptasi AI menunjukkan bahawa 75 peratus responden Asia Pasifik (APAC) menganggap ia sebagai keutamaan masa ini.
Bagaimanakah rangkaian dipacu AI digunakan ke atas ekosistem teknologi yang lebih besar?
Kelebihan untuk tenaga kerja jarak jauh:
- Berupaya mengautomasikan tugasan dan rutin yang dilakukan secara berulang, mewujudkan kecekapan operasi dan mengurangkan kos.
- Pelanggan mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang dipertingkatkan didorong oleh pemahaman (insight) yang tepat serta disampaikan secara lebih jitu dan konsisten.
- Ketidakstabilan internet di rumah dapat ditangani oleh AI-Driven Enterprise Juniper, iaitu sebuah platform awan yang menggunakan Mist AI dan Marvis Virtual Network Assistant (VNA) untuk mengoptimumkan setiap rangkaian keperluan individu.
- Marvis VNA, pembantu maya AI pertama dalam industri rangkaian berupaya mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang rumit.
- Ia juga boleh memberikan cadangan penyelesaian yang senang difahami.
- Ia turut menjimatkan masa dan wang selain memaksimumkan nilai infrastruktur rangkaian syarikat.
- Ketika kita mendepani fasa endemik COVID-19, Mist AI berguna untuk pengesanan jejak (contact tracing).
- Pada masa ini, Kolej Alamanda di Melbourne menggunakannya untuk servis mengenal pasti pengesanan jejak lokasi dalaman (indoor) serta navigasi di dalam kawasan kampus.
- Baru-baru ini, konglomerat media terkemuka Korea Selatan, JoongAng Group, telah mengubah pengalaman rangkaian perusahaannya dengan penyelesaian berwayar dan tanpa wayar Juniper yang dipacu oleh Mist AI untuk mewujudkan persekitaran kerja mudah alih yang selamat dan produktif.
Perkhidmatan Awan Moden (Modern Cloud Services)
Perkhidmatan awan Juniper yang berdasarkan AI dan pembelajaran mesin boleh mengautomasikan tugas-tugas utama, menangani isu daripada berlaku secara proaktif dan menyampaikan pemahaman kepada pengguna, peranti dan aplikasi.
Ia membolehkan penjimatan masa dan mengoptimumkan kos di samping memaksimumkan nilai sesuatu infrastruktur rangkaian untuk perniagaan.
Keupayaan utama yang dijana oleh perkhidmatan awan Juniper:
- Akses berwayar, akses tanpa wayar dan SD-WAN - Automated event correlation, pengenalpastian punca (root cause), operasi Rangkaian Pemanduan Sendiri™, jaminan rangkaian, pengesanan janggal (anomaly) proaktif dan banyak lagi.
- Keselamatan - Intel yang boleh bertindak pada masa nyata (real-time) untuk pencegahan dan perlindungan ancaman, serta pengurusan dan pemantauan keselamatan di bawah satu premis dan dalam teknologi awan.
- Penghalaan (routing) WAN - Kesihatan rangkaian dan mendiagnostik dengan tindakan tepat, konfigurasi berbilang vendor dan perkhidmatan pengorkestraan serta aliran kerja dan automasi gelung tertutup (closed loop automation).
Produk Keselamatan
Sejak 16 Mac hingga 7 April 2020, sebanyak 838 insiden keselamatan siber telah dilaporkan kepada Cyber Security Malaysia (CSM). Ia meningkat sebanyak 82.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2019.
Juniper Networks sentiasa mencari peluang untuk membantu pelanggan mendapatkan pengendalian yang lebih baik tentang potensi ancaman dan meningkatkan tindak balas pengesanan risiko.
Juniper Cloud Workload Protection secara automatik mempertahankan beban kerja aplikasi dalam mana-mana awan atau persekitaran pusat data dalam premis, manakala Juniper Security Director Cloud membolehkan organisasi mengurus keselamatan di mana-mana sahaja dengan pengurusan dasar tertumpu dan kemudahan peralihan kepada seni bina SASE.
Juniper Networks mengetepikan halangan terhadap ketersambungan melalui inovasi berterusan dan kini telah menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30,000 perusahaan di seluruh dunia, termasuk Global Fortune 100 serta ratusan agensi kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan termasuk institusi pengajian tinggi (IPT).
Sebagai usaha berterusan memperkasakan dunia digital, orang ramai boleh melayari halaman rasmi Juniper Networks di sini dan mendapatkan maklumat lanjut untuk mentransformasikan perniagaan.